Setiap sen zakat yang dikeluarkan membawa seribu satu harapan dan kadangkala, ia mengukir kisah luar biasa yang menyentuh hati.
Kisah yang dikongsikan Lembaga Zakat Selangor melalui media sosial membuatkan ramai tersentuh dengan sikap seorang penerima zakat ini.
Menerusi Facebook, Lembaga Zakat Selangor memaklumkan ada seorang insan seni yang mahu bantuannya dihentikan selepas kehilangan anak yang menghidap penyakit masalah tulang belakang.
“Kami terima mesej ini daripada seorang insan seni, yang pernah menerima bantuan zakat demi rawatan anaknya yang menghidap penyakit masalah tulang belakang.
“Kini, selepas pemergian anak tersayang dan dengan sedikit ruang yang Allah beri untuk dia kembali bekerja semula.
“Insan tersebut memilih untuk keluar sendiri dari senarai penerima bantuan supaya bahagiannya boleh diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.
“Kami terharu dan kami doakan agar rezeki beliau terus diluaskan dan dipermudahkan segala urusan, dunia dan akhirat,” hantaran di Facebook Lembaga Zakat Selangor.

Lembaga Zakat Selangir juga meluahkan rasa terima kasih buat semua [embayar zakat yang banyak membantu memudahkan urusan mereka yang memerlukan.
“Inilah antara kisah luar biasa yang berlaku hasil zakat anda semua. Terima kasih kepada semua pengeluar zakat.
“Anda bukan sekadar membantu, anda sedang membina semula kehidupan,” jelas hantaran tersebut
Baca juga: Pengusaha kereta sewa dah boleh guna trik matikan enjin dari jauh, itu je cara ‘ajar’ penyewa degil