Selepas 16 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya perkahwinan di antara komposer Sharon Paul dan pelakon Rusdi Ramli berakhir Januari tahun lepas.
Tampil mengesahkan hal tersebut, komposer berusia 48 tahun itu memaklumkan keputusan untu bercerai diambil selepas tiada jalan penyelesaian lapor HibGlam.
“Saya sudah bercerai sejak Januari tahun lalu dan uruskan semua proses perceraian itu sendiri serta melantik peguam dan selesaikan semuanya. Kalau tunggu dia, memang tidak akan selesai apa-apa.
“Tahun ini saya anggap sebagai tahun pemulihan. Kadang-kadang kita perlu jatuh dulu sebelum boleh bangkit semula.
“Saya rasa bebas sekarang. Ada satu istilah mengenai perkara yang saya terpaksa hadap selama ini iaitu ‘cold violence’,” katanya seperti dipetik HibGlam.
Jelasnya, hak penjagaan dua anak lelaki Reo Ridza dan Ryan Ridza diberikan kepada dirinya malah Sharon juga tidak meminta nafkah daripada Rusdi.
“Anak-anak pilih untuk tinggal bersama saya. Tak ada gunanya minta nafkah, hanya membazir duit untuk bayar peguam.
“Mereka boleh saja tinggal dengan Rusdi, tapi mereka lebih selesa duduk dengan saya,” ujarnya.
Baca juga: Haram cas telefon di masjid, kata Ustaz Azhar Idrus