Zaman sekarang, bila nak cari tip atau penyelesaian untuk apa-apa masalah, perkara pertama yang orang buat buka telefon dan terus cari di media sosial atau Google.
Petua lama? Jarang dah orang ambil peduli. Sedangkan, nasihat orang-orang dulu sebenarnya jauh lebih praktikal dan terbukti berkesan.
Ramai yang terus beli produk mahal atau cuba petua viral yang tak tentu hasil, padahal mak-mak kita dulu cuma guna bahan dapur biasa saja untuk bersihkan periuk sampai berkilat.
Sebenarnya, petua lama bukan sahaja jimat kos, malah mesra alam dan lebih selamat digunakan. Jadi, jangan terus pandang rendah pada ilmu orang dulu-dulu.
Kadang-kadang, rahsia dapur paling ampuh datang dari tangan mereka yang berpengalaman.
Seorang pengguna Facebook, tampil berkongsi tip daripada mak mentuanya mengenai cara jaga periuk agar tak berkerak walaupun sudah 22 tahun.
“Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.
“Saya gunakan berus dawai cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Bahan-bahan:
- Periuk
- Berus dawai
- Lebihan sabun mandi jenis buku
Cara-cara:
- Rendam berus dawai dengan sabun mandi dan sedikit air.
- Tekan sikit-sikit hingga air jadi berbuih.
- Kemudian ambil periuk dan sental periuk.
- Bilas dan cuci hingga bersih. Berkilat jadinya, sedap mata memandang.
“Berus dawai ni juga tahan lama sampai tiga ke empat hari. Tak mudah berkarat. Cubalah. Periuk saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.”
Baca juga: Lelaki jumpa duit RM242,000 tersorok dalam dinding ketika ‘renovate’ rumah