Harga petrol naik 3 sen

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataannya hari ini mengumumkan kenaikan harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia naik 3 sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Julai ini.

MOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

Kenyataan itu juga menjelaskan sebab penetapan kadar iaitu berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia, serta menyokong kestabilan harga,” kata MOF.

Menurut MOF kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

baca: Penyusunan semula subsidi petrol bukan lagi pilihan, elak generasi depan terbeban