Tengah malam semalam, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara yang baru. Beliau sebelum ini dilantik sebgai Hakim Mahkamah Rayuan pada pada 12 November tahun yang lalu.
Wan Ahmad yang berusia 62 tahun tahun ini memegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons) dari University of West London yang diperoleh pada tahun 1985.
Tahun berikutnya, beliau memperoleh pula Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Universiti Malaya.
Memetik dari Bernama, dalam kerjayanya sebagai pengamal undang-undang, beliau memulakan langkah pertama sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Adnan & Wee, Kuala Terengganu pada 1987 sehingga 2003.
Berhenti seketika dalam bidang guaman, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003 hingga 2008.
Pada 2008, beliau dilantik pula sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri sehingga 2009.
Meninggalkan arena politik dan pentadbiran negara, beliau kembali ke bidang guaman sebagai peguam bela dan peguam cara. Ketika itu, beliau menggalas tugasnya di Tetuan Wan Farid & Surin, Kuala Lumpur pada 2011 hingga 2015.
Malah, beliau juga pernah bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Perjalanan kerjaya beliau kali ini bermula pada 2015 hingga 2019.
Dengan kepercayaan yang diterima, beliau melangkah setapak ke hadapan pada 2019 sebagai Hakim Mahkamah Tinggi sehingga 2024.
baca: panel hakim