Rajin-rajin tutup plug Coway setiap malam, bil elektrik boleh jimat RM100

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna media sosial berkongsi trik mudah tetapi berkesan untuk mengurangkan bil elektrik di rumah.

Menurut perkongsian di Threads, dia memaklumkan bahawa setiap malam dia akan menutup plug penapis air Coway dari jam 11 malam sehingga 12 tengah hari keesokan harinya.

Hasil yang diperolehi adalah bil elektrik bulanan rumahnya berkurangan sebanyak RM100 berbanding bulan sebelum.

“Nampak gaya berhasil juga i nak turunkan bil elektrik rumah. Tip nya, i tutup plug Coway setiap malam dari 11 malam sehingga 12 tengahari keesokannya.

“Adalah jugak pengurangan RM100 dari bulan lepas,” tulisnya.

Perkongsian itu telah mendapat banyak tanda suka san ratusan komen daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing, selain ingin mencuba tip tersebut.

Ramai yang tidak menyangka tindakan sekecil itu mampu memberi impak besar kepada bil bulanan, malah ada yang menyuarakan hasrat untuk mencuba dengan peralatan elektrik lain pula.

Baca juga: ‘Dia kata saya kahwin isteri tua, hina ibu saya’ – Harris Alif sedia bertarung di gelanggang