Kerajaan Madani membuat keputusan untuk menangguhkan penggunaan subsidi bersasar bagi petrol ron95 yang sepatutnya dilaksanakan pada pertengahan tahun 2025.
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, penangguhan itu dibuat kerana lebih banyak masa diperlukan untuk meneliti dan memperkemas mekanisme pelaksanaan bagi mengelakkan berlakunya ketirisan.
Beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan perkara ini kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan semasa pertemuan bersama mereka baru-baru ini.
“Perdana Menteri mahu memastikan bahawa majoriti rakyat tidak terkesan secara negatif oleh dasar sedia ada mahupun yang masih belum dilaksanakan.
“Oleh sebab mekanisme masih dalam proses penambahbaikan, maka berlakulah sedikit kelewatan dalam pelaksanaannya,” kata Fahmi dalam satu sidang media.
Sebelum ini semasa pembentangan Rancangan Malaysia, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan sistem subdisi bersasar bagi RON95 bagi mereka yang benar-benar layak.
baca: harga petrol