Memastikan ejaan betul khususnya pada menu makanan, amat penting kerana ia mencerminkan profesionalisme dan kredibiliti sesebuah perniagaan.
Kesilapan ejaan bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan, malah boleh menyebabkan salah faham terhadap hidangan yang ditawarkan.
Ejaan yang betul juga membantu mengekalkan identiti budaya dan bahasa, terutamanya apabila menu menggunakan istilah tradisional atau tempatan.
Tular di media sosial seorang pengguna TikTok, Ain Ab Rahman memuat naik satu restoran dalam pusat beli belah yang memaparkan banyak kesalahan ejaan dalam menu makanan.
Ikan kembung di eja sebagai ikan kambung malah terung berlado bertukar menjadi terror berlado walaupun nampak kecil tapi sebenarnya tidak malah banyak menu di eja dengan kesalahan sama.
“Pentingnya semakan ejaan sebelum mencetak. Walaupun salah eja tapi kami faham,” kongsi pengguna media sosial tersebut.
Rata-rata netizen bagaimanapun kesal dengan kesalahan ejaan yang dipaparkan seolah-olah tidak menghormati bahasa kebangsaan.
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tak buat apa ke? Sampai bahasa kebangsaan terang-terang dibuat sesuka hati.
“Ini bukan marketing (pemasaran) tapi memperlekehkan bahasa kebangsaan.
“Jurujual pun sebut tak betul. Kangkung belacan kalau nak sebut kangkung belace boleh tapi bukan kangkung balance
“Macam mana lah bahasa macam ni boleh lepas untuk display? Salah daripada segi undang-undang bahasa,” antara komen netizen.
Baca juga: Sindiket di Kepong caj RM400 untuk setiap pasport palsu, siap dalam 10 minit sahaja!