Pengumuman besar: Anwar beri bayangan harga minyak turun

Oleh ROSLAN ZAMAN

Sebelum jam 10.30 pagi hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan ‘janji keramat’ pemimpin itu selama ini bakal menjadi kenyataan.

“Janji keramat” yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang tidak lain tidak bukan adalah menurunkan harga minyak.

Video parodi lama beliau yang sering membuat ucapan harga minyak turun itu dimainkan sendiri oleh perdana menteri di facebook beliau sebentar tadi.

Dalam video tersebut dapat dilihat watak arwah P.Ramlee yang menyebut “tunggu sekejap” selepas klip video Anwar dimainkan.

Yang pasti, semua rakyat Malaysia ternanti-nantikan pengumuman besar yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri pada pukul 10.30 pagi ini.

baca: Anwar