17 tahun tanggung sendiri anak, Raja Azura nasihat para suami jangan lari daripada tanggungjawab

Oleh MAISARAH AISYA

Mengabaikan nafkah anak merupakan satu perbuatan yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah menzalimi hak anak-anak y

Tanggungjawab memberi nafkah bukan sekadar kewajipan moral, tetapi juga tuntutan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh ibu atau bapa, khususnya selepas perceraian.

Buat pelakon dan pengacara Raja Azura, 17 tahun bukanlah jangka masa pendek untuk menanggung semua keperluan anak-anak selepas bercerai pada tahun 2010.

Lebih mesra dipanggil Kak Engku, dia berharap para suami lebih cakna mengenai nafkah anak-anak baik daripada segi kewangan mahupun kasih sayang lapor Harian Metro.

“Walaupun niatnya mungkin sekadar ingin bantu suami, tetapi ia boleh dilihat umpama memberi ruang kepada lelaki untuk ambil kesempatan terhadap isteri meskipun tidak semua lelaki begitu.

“Daripada pengalaman saya sendiri, sudah 17 tahun saya ‘provide’ diri sendiri dan anak-anak. Jadi, kepada lelaki di luar sana yang berkahwin atau sudah bercerai dengan pasangan, sila jalankan tanggungjawab.

“Jadi, apa yang saya katakan itu berdasarkan hukum agama juga. Ia adalah fakta yang mana lelaki berkahwin atau sudah bercerai kena bertanggungjawab terhadap anak-anak dalam pelbagai aspek.

“Sama ada nafkah anak, kasih sayang, perhatian dan sebagainya, lelaki tidak boleh lepas tangan begitu sahaja. Anak-anak itu adalah amanah Allah untuk kita sebagai ibu bapa,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Jelasnya sedikit sebanyak perkara yang dikongsi dalam segmen Morning Morning Suria di Suria FM dituju kepada bekas suaminya, Adzmin Osman.

Tegas Kak Engku sudah tiba masanya dia melaksanakan tanggungjawab yang tidak dijalankannya selama ini.

“Sudah tiba masanya untuk dia muncul jalankan tanggungjawab itu (sebagai bapa). Saya juga tiada dendam dengan dia, saya sudah maafkan dia dan halalkan semuanya kerana anak-anak pun sudah besar.

“Dua orang anak sekarang ambil ijazah di universiti dan seorang lagi tengah diploma di universiti juga, yang saya besarkan mereka sendiri sampai sekarang menggunakan wang hasil titik peluh saya bekerja.

“Selama bercerai, memang bekas suami tidak tengok anak langsung. Tapi, sekarang saya harap dia dapat laksanakan tanggungjawab sebagai bapa. Ini hukum agama dan lakukanlah untuk anak-anak,” katanya.

Baca juga: Berebut semua nak tunjuk aib, Ustazah Asma gesa masyarakat hentikan segera trend S-Line