Warga Puncak Alam dedah kerap jumpa pelajar universiti buat ‘projek’ dalam kereta

Oleh ROSLAN ZAMAN

Penduduk di kawasan Puncak Alam mendakwa masalah moral di kalangan pelajar universiti di Malaysia semakin membimbangkan.

Terbaru di threads, ada penduduk setempat mendakwa sudah beberapa kali menangkap pelajar universiti di kawasan itu yang membuat ‘projek’ di dalam kereta yang di diparkir di kawasan perumahan mereka.

Lebih mengaibkan, kebanyakan pasangan ini dijumpai dengan tanpa seurat benang.

Ada juga yang mendakwa pelajar ini dibayar untuk melakukan perkara terkutuk seperti itu,

Apa yang lebih membimbangkan, ada dakwaan menyebut wujud group Telegram khas untuk mengatur pertemuan tidak bermoral itu.

Penduduk juga berharap perkara seperti ini dijadikan iktibar di masa akan datang.

Malah, turut menyuarakan kebimbangan terhadap kerosakan akhlak anak-anak muda Islam hari ini dan berharap ada tindakan lebih tegas dapat diambil bagi membanteras gejala tidak bermoral itu.

baca: pelajar