Polis sahkan hanya 15,000 yang hadir perhimpunan hari ini

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad pada sidang medianya sebentar tadi memaklumkan jumlah peserta perhimpunan #TuruAnwar yang berlangsung di dataran mereka hari ini mencecah 15,000 orang.

“Hari ini, kita anggarkan lebih kurang 18,000 orang yang hadir pada perhimpunan pada hari ini. Setakat ini, tak ada laporan polis dibuat dan tak ada sebarang masalah. Kita terima kasih kepada semua.

Menurutnya lagi, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang hadir kerana tiada provokasi melampau yang dibuat.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih bagi peserta-peserta kerana telah hadir dan tidak membuat sebarang provokasi yang melampau.

“Semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun, ada satu dua perkara mungkin tidak dipersetujui di peringkat awal, tapi datang kemudian dapat kita selesaikan,” katanya.

Namun begitu, lain pula angka yang dikeluarkan oleh lidah rasmi PAS, Harakahdaily apabila mendakwa seramai 300,000 peserta yang menyertai perhimpunan pada hari ini.

baca: anwar