Kain rentang “Hamzah for PM” jadi perhatian

Oleh ROSLAN ZAMAN

Sekumpulan peserta himpunan Turun Anwar hari ini menarik perhatian media apabila menaikkan sepanduk menyokong Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin sebagai perdana menteri yang baru.

Sekumpulan peserta dilihat berarak di ibu negara hari ini sambil membawa kain rentang tertera tulisan “Hamzah For PM”.

Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya apabila kempen Turun Anwar ini digerakkan oleh penganjur iaitu Pemuda Pas, siapa yang meraka ingin naikkan menggantikan Anwar.

Melihat kepada usaha menggerakkan kain rentas “Hamzah for PM” ini, mungkin ada penyokong Pas yang hadir ke perhimpunan ini berasa kecewa dengan gerakan ini.

Sebentar tadi polis Kuala Lumpur mengesahkan kehadiran peserta hari ini mencecah 15,000 orang peserta.

Antara pemimpin utama yang hadir adalah Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun kelibat Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak kelihatan pada hari ini.

baca: ahli Pas sokong AMANAH