Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Jakarta sebentar tadi bagi memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Indonesia.
Anwar dijadualkan menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia Ke-13 bersama Presiden, Prabowo Subianto, yang merupakan sesi pertama antara kedua-dua pemimpin itu.
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma pada jam 8 malam waktu tempatan disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.
Sebelum bermulanya lawatan Perdana Menteri ke Indonesia, beliau baru sahaja menjayakan misi menyelesaikan konflik antara 2 negara bergolak Thailand dan Kemboja di Putrajaya.
“Alhamdulillah, dua negara sahabat ASEAN, Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui pelaksanaan gencatan senjata bermula tengah malam ini.
“Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, menerima amanah besar bersama rakan lain untuk memantau pelaksanaan dan pematuhan gencatan senjata ini, atas permintaan kedua-dua pihak,” katanya di facebook.
baca: anwar_postasean