Satu rakaman tular mencetuskan kemarahan ramai apabila seorang lelaki dilihat sengaja meluru ke arah sebuah lori yang sedang bergerak lalu meletakkan kakinya sendiri untuk digilis.
Orang ramai melihat ia sebagai satu taktik dikenal pasti sebagai “staged accident” atau kemalangan yang disengajakan.
Ini adalah satu bentuk penipuan insurans yang semakin berleluasa, mereka akan cuba mencederakan diri atau memalsukan kemalangan bagi membuat tuntutan insurans.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram Malaysia.Daily, lelaki tersebut dilihat dengan tanpa sebab meluru dan meletakkan kaki untuk dilenyek sebelum berguling untuk meraih simpati.
Nasib nyata memihak kepada pemandu lori apabila setiap gerak-geri lelaki tersebut berjaya dirakam jelas menerusi kamera papan pemuka (dashcam)
Rata-rata netizen mempersoal tindakan lelaki itu yang dilihat tidak waras malah pelik mengapa dia meletakkan motosikal di bahu jalan.
“Nasib baik abang lori tu ada dashcam, apa yang dia tengah buat tu?
“Kalau ya pun nak menipu, tak payahlah buat betul-betul benak. Kan sia-sia saja tu. Susahkan staf hospital saja orang macam ni.
“Allah, sanggup sakiti diri sendiri. Orang lain semua nak sihat tapi dia pilih sakit. Nanti bila dah tak tahan sakit, mula nak salahkan Tuhan. Dah salahkan Tuhan mula putus asa. Bila dah putus asa, mulalah nak bunuh diri. Manusia, macam-macam zaman sekarang.
“Masalahnya motosikal terbalik pun, kot-kot nak claim kena langgar.
“Apalah yang ada dalam pemikiran dia sampai tahap berfikir di luar kawalan,” antara komen netizen.
Menerusi TikTok @Buyong947, lelaki tersebut dilihat seperti berada di bawah pebgaruh bahan terlarang dan memaklumkan dia mahu balik dan tidak mahu dilapor kepada polis.
Baca juga: Ammar Ahyan diraba ketika bantu promosi produk bapa, sifatkan pelaku tak bertamadun