Istana nafi ahli keluarga YDP Sabah terlibat kes kematian Zara Qistina

Oleh ROSLAN ZAMAN

Tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu yang mengaitkan keluarga Yang Dipertua Sabah dengan kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina di sebuah sekolah di Papar.

Istana Seri Kinabalu hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial kononnya ada individu dalam kalangan keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman terlibat .

Memetik dari Bernama, Istana Seri Kinabalu dalam kenyataan menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab serta bersifat fitnah yang boleh mencemarkan reputasi keluarga Tun Musa.

Istana juga meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan berbaur fitnah serta mengingatkan penyebaran maklumat palsu boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sebarang perkembangan berkaitan siasatan hendaklah dirujuk kepada polis atau Kementerian Pendidikan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham orang awam,” kata kenyataan itu.

Pada 16 Julai yang lalu, adik Zara Qairina yang merupakan pelajar tingakatan satu di disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 11 pagi 17 Julai, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada jam 4 pagi.

baca: Zara zya gangguan mistik