Anugerah Melodi Terhangat 2025 semalam mencipta suasana canggung apabila mempertemukan selebriti Bella Astillah dan Sophia Al Barakbah di satu pentas.
Bella dan Syed Saddiq menjadi penyampai anugerah bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat. Semasa mengumumkan pemenang bagi anugerarah ini, Bella sempat mengeluarka kata-kata ‘pedas’.. “Yang ini, saya kenal… Kenal sangat. Sophia!”
Pada 2023, Bella dan Sophia dilapor pernah berdepan konflik apabila bekas suami Bella, iaitu Aliff Aziz didakwa menjalin hubungan dengan Sophia, sejak mereka terbabit dalam penggambaran drama Ku Akan Kau Dengan Bismillah.
Sementara itu di media sosial, stesen TV3 dikecam teruk oleh warganet yang didakwa sengaja mencipta gimik untuk membuat suasana lebih canggung dengan menjemput Bella sebagai penyampai anugerah.
Pemilik akaun sekius.me mendakwa TV3 sengaja ‘exploit’ Bella demi mengejar rating. “Halah tv3, shame on you lah. Demi rating sanggup exploit Bella. So unprofessional.”, tulisnya.
Ada yang netizen mendakwa ini hanya gimik murahan dari TV3 yang mahu menjadi suasana lebih panas.
Ramai yang menyifatkan penganjur terlalu kejar ‘rating’ sampai sanggup wujudkan momen canggung semata-mata nak tarik perhatian penonton.
baca: dihukum TV