Seorang wanita meluahkan rasa terkilan selepas terpaksa mengikut kehendak bapanya supaya membeli kereta terpakai daripada kenalan bapanya dengan harga yang agak mahal.
Kata wanita itu, kereta terpakai jenis Axia itu dijual pada harga RM30,000 namun dia terpaksa membayar sehingga RM35,000 kepada pihak bank kerana helah bapanya.
Menurut dia, bapanya meminta kenalannya untuk membuat permohonan pinjaman bank sebanyak RM35,000 kerana mahu mengambil baki RM5,000 itu.
“Saya terasa sangat (dengan ayah). Saya nak beli kereta, dia suruh beli kereta terpakai Axia dekat kawan dia. Harga kereta tu RM30,000 je (tahun 2022) tapi dia suruh kawan dia submit loan RM5,000 sebab lagi RM5,000 tu dia nak ambil. Tapi bulanan saya yang kena bayar semua.
“Saya anya dia, dia cakap saya sebagai anak tak boleh berkira. Dia dah habis banyak dekat saya. Setakat RM50 sebulan tu bukan banyak pun. Saya ni buat dua kerja tau. Itupun punyalah jimat sampai makan sehari sekali je,” kongsinya.
Luahan itu ternyata meraih perhatian ramai yang rata-rata menasihatkan wanita itu supaya tidak lagi berkongsi apa-apa perkara besar dengan keluarga.
Mereka juga menasihati supaya pembelian kenderaan dibuat berdasarkan kemampuan sendiri tanpa terikat dengan kehendak orang lain, meskipun melibatkan ahli keluarga.
Baca juga: Kena sindir beli baju murah online, ini jawapan ‘padu’ suami Atikah Suhaime