Seorang pakar pemasaran digital, Kaio Anwar Abdullah, berkongsi pemerhatiannya mengenai perubahan gaya kandungan yang dilakukan oleh jenama teknologi terkenal, Apple.
Katanya, Apple kini beralih daripada gaya kandungan “highclass” kepada gaya yang lebih ringkas, santai dan mudah difahami.
Dia menegaskan perubahan ini menunjukkan bagaimana jenama besar sanggup menyesuaikan diri dengan kehendak audiens semasa, terutama Gen Z yang lebih sukakan kandungan ringkas, terus kepada isi dan kelihatan ‘real’.
Beliau yang sudah lama bergiat dalam dunia pencipta kandungan menyifatkan pendekatan baharu Apple ini sebagai strategi untuk lebih dekat dengan audiens, berbanding sekadar menghasilkan visual cantik tetapi terasa jauh.
Berikut kami kongsikan artikel penuh Kaio Anwar Abdullah yang dimuat naik di Facebook:
Jenama Apple pun ubah cara main konten dan ini yang aku perasan.
Scroll TikTok tadi, ternampak akaun rasmi Apple. Tapi lain macam vibe dia sekarang. Dulu kandungan semua standard highclass dan pencahayaan cun, audio padu, sunting macam iklan TV. Ala-ala gaya syarikat produksi.
Sekarang? Ringkas gila.
Pekerja baju biru, cakap depan kamera, straight je. Macam orang biasa kongsi tip.
Sebagai orang yang memang dah lama dalam dunia pencipta kandungan ini, dan dah ajar lebih 9,000 orang cara buat video sendiri aku terus nampak apa yang dia orang tengah buat.
Apple tengah ubah rentak permainan.
Dia orang tengah mengetengahlan konten dengan cara “dekat dengan audiens” bukan nak kagum, tapi nak berhubung.
Dulu konten lawa tapi rasa jauh walaupun sangat kagum kan. Tapi Sekarang konten ringkas tapi rasa dekat.
Format dia sekarang:
– 1 video = 1 tip
– Guna muka orang biasa
– pencahayaan tak berlebihan, suntingan tidak berlebihan
– Hook padu, mesej terus masuk
Tapi jumlah tontonan tetap juta-juta. Kenapa?
Sebab orang sekarang dah penat tengok iklan. Dia orang nak benda yang rasa real. Yang terus tunjuk penyelesaian. Yang tak perlu tunggu “episod seterusnya”.
Apa yang kita boleh belajar?
1. Visual lawa tak jamin jumlah tontonan. Tapi kandungan yang mudah faham, laju dan terus kepada isi itu yang orang akan tengok habis.
2. Kandungan yang boleh diguna semula tu lebih penting. Bila ringkas, pasukan senang buat banyak. Tak penat nak sempurna. Baru boleh scale.
3. Format ni boleh jalan dekat semua tempat. TikTok, Reels, Shorts, FB, semua boleh. Satu shoot, boleh recycle.
Aku selalu cakap dekat pelajar:
“Kalau tunggu semua sempurna, sampai bila pun tak post.”
Apple sendiri pun permudahkan kandungan dia orang tapi kita yang perniagaan kecil ni kenapa nak susah sangat?
Mula je. Telefon pun cukup. Janji mesej sampai.
Penonton rasa kita faham masalah dia. Itu je cukup nak convert.
Aku suka tengok jenama besar yang sanggup turunkan gaya eksklusif mereka untuk sesuaikan diri dengan tahap audiens.
Sebab itu kandungan dia jalan. Sebab dia orang tahu zaman sekarang, “yang real lebih menang daripada yang sempurna.” Lebih-lebih lagi kalau kau nak sasarkan Gen Z.
Okay tu je aku nak kongsi hari ni. Kalau kau tengah tiada idea fikir nak buat kandungan gaya apa mungkin boleh guna cara ni dulu.