Warung burger Ramly di Malaysia jadi bualan mat saleh di sosial media

Oleh KIM SYAZIE

Warung burger Ramly yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia menjadi bualan hangat di media sosial luar negara selepas satu video mengenainya dikongsi laman Facebook terkenal, The Food Ranger.

Laman itu yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai lebih 21 juta pengikut telah menyiarkan video sebuah gerai burger Ramly di Malaysia dengan kapsyen berbunyi: “Kenapa di Amerika tiada burger begini?”

Video tersebut pantas menarik perhatian pengikut dari negara itu  yang rata-rata bingung dengan cara unik pembuatan burger di Malaysia.

Ada yang bertanya mengapa begitu banyak sos digunakan dalam penyediaan burger tersebut, manakala sebahagian lain menyatakan rasa ingin tahu untuk mencubanya.

“Too much sauce” tulis seorang pengguna Facebook.

Bagi rakyat Malaysia, burger Ramly sememangnya dianggap ‘burger rakyat marhaen’ yang mudah didapati di tepi jalan dengan harga berpatutan.

Malah, ramai percaya keistimewaan burger ini terletak pada ‘banjir sos’ yang menjadikannya lebih lazat berbanding burger fast food antarabangsa.

Fenomena ini membuktikan bahawa citarasa jalanan Malaysia mempunyai daya tarikannya tersendiri, hingga mampu mencuri perhatian masyarakat luar negara.

Baca juga: ‘Hadiah emas pertama untuk nenek’ – Pramugari Emirates nekad pulang dari Dubai ke Kerala