Setiap daripada kita pasti menyimpan impian untuk membalas jasa insan yang telah membesarkan kita dengan penuh penat lelah dan pengorbanan.
Walaupun tidak mampu menandingi apa yang telah mereka berikan, sekurang-kurangnya ada cara untuk kita menghargai kasih sayang dan usaha mereka selama ini.
Seorang pramugari Emirates sanggup terbang dari Dubai Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Kerala, India semata-mata untuk mengejutkan neneknya dengan hadiah hari lahir yang cukup bermakna.
Menurut portal berita India Today, wanita dikenali sebagai Zainab Roshna dilihat teruja menyarungkan gelang emas di tangan neneknya.
Terharu dengan kasih sayang cucunya, nenek tersebut mencium Zainab, menjadikan momen itu lebih menyentuh hati penonton.
“Selamat hari lahir Ummumma. Ini hadiah emas pertama saya untuknya, sebab itu saya nekad mahu menyerahkannya sendiri.
“Itulah sebab saya terbang dari Dubai ke Kerala,” kongsinya di ruangan kapsen di Instagram.
Perkongsian itu tular di media sosial, dengan ramai memuji tindakan pramugari muda berkenaan yang tetap mengutamakan keluarga walaupun sibuk dengan kerjaya di luar negara.
Baca juga: Macam tak percaya kisah hidup Siti Nurhaliza dimasukkan dalam buku teks sekolah