Tegap bukan main! Penampilan ‘Oyen’ dalam raptai perbarisan curi perhatian ramai

Oleh WAN SITI AMINAH

Kemunculan ‘istimewa’ seekor kucing berwarna putih oren yang ikut serta di dalam raptai Perbarisan dan Perarakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini telah berjaya mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, kucing yang lebih mesra digelar ‘Oyen’ itu akan menyertai acara perbarisan bersama Kontinjen Jabatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) seperti terakam satu video tular baru-baru ini.

Haiwan tersebut bagaimanapun tidak berjalan di atas jalan raya seperti anjing daripada Unit Anjing Pengesan atau lebih dikenali sebagai K9 ketika perbarisan berlangsung sebaliknya diberi kelebihan menaiki kenderaan.

Menerusi satu rakaman dikongsikan di platform TikTok, kucing tersebut dilihat tenang namun berdiri dengan tegap di hadapan penonton memakai ‘uniform’ berwarna biru ketika menaiki bot rasmi bersama anggota JPAM.

“Mempersembahkan, Oyen yang mewakili Angkatan Pencinta Anakbul Malaysia (APAM). Menyala Oyen!,” tulis perakam video yang mencuit hati itu di ruangan kapsyen hantaran dimuat naik di akaun media sosial TikTok miliknya.

@_er..ni_

Mempersembahkan!!… . . . Oyen mewakili Angkatan Pencinta Anakbul Malaysia 🇲🇾 Menyalaaaaaaa Oyen 🔥@officialapm #merdeka #malaysiakumerdeka #perbarisanmerdeka2025 #angkatanpertahananawammalaysia #oyen

♬ original sound – ˏˋ°•*⁀➷ 𝓔𝓝 🕊 .⋆ – ˏˋ°•*⁀➷ 𝓔𝓝 🕊 .⋆

Setakat artikel ini ditulis, rakaman berdurasi 17 saat itu sudah berjaya meraih sebanyak 123,200 tontonan dan dan 14,700 tanda suka daripada pengguna TikTok yang merasa teruja menantikan penampilan Oyen dalam perbarisan tersebut.

Beberapa individu juga secara berseloroh mempersoalkan ‘layanan istimewa’ yang diterima oleh Oyen memandangkan haiwan berkenaan tidak perlu berbaris di jalan sebaliknya menaiki kenderaan.

Individu lain kemudian tampil memberi jawapan munasabah dengan mengatakan bahawa kucing bukanlah haiwan yang sentiasa mengikut arahan seperti anjing malah memiliki ‘mood’ sendiri menyebabkan mereka tidak boleh dibiarkan berbaris di jalan raya.

Baca juga: “Malaysiaku Jiwa Merdera”- Kakak terkejut jersi merdeka dibeli adik ada corak pijak bendera