Tepat jam 12 malam pada tanggal 31 Ogos, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 secara automatik boleh digunakan oleh rakyat Malaysia dewasa berusia 18 tahun ke atas.
Bagaimanapun sejak semalam kecoh pula segelintir individu meluahkan rasa tidak puas hati kerana sumbangan tersebut hanya boleh ditebus melalui kad pengenalan sehingga menyebabkan sistem tergendala.
Susulan itu seorang individu tampil ‘menyekolahkan’ netizen yang merungut dengan menegaskan isu sistem tergendala adalah perkara biasa pada hari pertama pelaksanaan sesuatu program besar.
“Kecoh kenapa MySARA guna IC menyusahkan rakyat. Susah apa? Sistem down? Normal lahhhh nama pun 1st day program baru launch. Rakyat Malaysia 34juta kot (correct me if im wrong),” tulisnya.
Malah, individu itu turut menyindir segelintir pihak yang didakwa sering menyalahgunakan bantuan apabila diberikan dalam bentuk wang tunai.
“Bagi cash satgi, bukan makanan kau beli. Rokok la, vape la, skincare la, makeup la, baju la. Pastu cakap takde duit nak makan, dok ulang ayat scammer. ‘Nak beli beras, pampers, susu’,” katanya.