Seorang pelancong asing warga Perancis yang menetap di Malaysia berkata, dia mempunyai satu ‘masalah besar’ sejak tinggal di negara ini.
Ia kerana katanya, banyak restoran yang beroperasi 24 jam menyebabkan dia sering makan pada tengah malam.
Dalam satu video dimuat naik di TikTok, lelaki menggunakan akaun Redadteach68 itu menunjukkan dia sedang menikmati hidangan roti canai bersama rakan-rakannya pada jam 2 pagi.
“Ini masalah terbesar sejak tinggi di Malaysia. Hati-hati jika anda datang ke sini,” katanya pada kapsyen video berkenaan.
Sementara itu di ruangan komen, netizen juga mengakui kedai makan 24 jam adalah salah satu keistimewaan yang ada di Malaysia dan sangat susah dicari jika berada di luar negara.
“Itulah bila travel baru aku sedar, kedai makan 24 jam bukan satu benda yang normal dekat luar negara,” komen seorang netizen.
“Dekat Malaysia selagi hang celik (buka mata) makan adalah nombor 1. Pape pun makan dulu haha,” komen yang lain.
“Ini kalau balik tempat asal mesti teringat-ingat lepak malam dekat sini,” kata pengguna TikTok.
Baca juga: ‘Jokowi’ jual makanan tepi jalan