Harga emas terus mencanak cecah RM491 segram

Oleh KIM SYAZIE

Harga emas meningkat malan tadi dan menuju kepada kenaikan mingguan keempat berturut-turut.

Ia berikutan kebimbangan terhadap kelemahan pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) mengatasi risiko inflasi menjelang jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) minggu depan.

Lapor Reuters, emas spot naik 0.1 peratus kepada AS$3,637.06 (RM15,297.56) satu auns troy (RM491.90 segram) setakat 0059 GMT. Logam berharga itu telah meningkat 1.4 peratus sepanjang minggu ini

Niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Disember pula kekal stabil pada AS$3,674.20 (RM15,450.61).

Bagi logam lain, perak spot susut 0.2 peratus kepada AS$41.48 (RM174.56) satu auns troy (RM5.61 segram), platinum stabil pada AS$1,378.40 (RM5,797.40) manakala paladium kekal pada AS$1,188.34 (RM4,995.15).

Ketiga-tiga logam berharga itu dijangka mencatatkan kenaikan mingguan.

Baca juga: Suami tergamak cerai isteri ketika hamil, langsung tak cari anak sampai meninggal dunia