Seorang pengguna Facebook, Ahmad Firdaus Abdullah, menyuarakan pandangannya agar pelajar tidak mengambil kursus sains tulen seperti kimia, biologi, matematik dan fizik kerana peluang pekerjaan bagi graduan bidang tersebut di Malaysia amat terhad.
Beliau mencadangkan agar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) menutup sahaja fakulti sains kerana berpendapat kursus itu “buang masa” dan “buang duit”.
“IPTA dan IPTS sepatutnya tutup sajalah fakulti Sains. Takdak keperluan kursus ini kat Malaysia. Buang masa, buang duit. Peluang pekerjaan memang betul-betul tak ada.
“Jangan percaya kalau pensyarah kata peluang pekerjaan ada. Dia sendiri pun lepas grad terus jadi lecturer, bukannya pernah kerja dalam industri kimia, Bio, Math, fizik pun,” tulisnya di Facebook.
Katanya, kebanyakan graduan dalam bidang sains tulen akhirnya berakhir menjadi guru sekolah, bukannya saintis seperti yang diharapkan.
“Paling tinggi dalam bidang ni hanyalah jadi cikgu sekolah saja. Takdenya boleh jadi saintis pun kat Malaysia ni,” jelasnya.
Beliau berkata demikian mengulas satu hantaran TikTok daripada seorang bekas graduan yang mengambil kursus sains tulen.
Graduan itu berkata dia menyesal melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang biomedical science kerana pada akhirnya tiada pekerjaan yang sesuai yang bidang akademiknya.
Beberapa mahasiswa yang melanjutkan pelajaran dalam aliran sama juga mengakui perkara itu, mendakwa mereka tidak mempunyai pekerjaan sehingga hari ini.
Baca juga: Disangka indah, rupanya nak simpan RM10 pun susah lepas kahwin dua