Aktivis kemanusiaan misi Global Sumud Flotilla (GSF), Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Mad kecik dikejarkan ke hospital atas sebab masalah kesihatan.
Memetik dari portal Kosmo!, abang kepada Ustaz Mad Kecik berkata, adiknya itu mengadu tidak sihat selepas balik dari menyampaikan kuliah di sebuah masjid kawasan Kemaman.
“Tahap kesihatan adik saya tidak berapa baik, kami membawanya ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan”
Beliau ditahan beberapa jam di dalam wad selepas pemeriksaan doktor bagi tujuan pemantauan,” katanya seperti dipetik oleh Kosmo!.
Beliau turut memohon orami ramai mendoakan kesihatan adiknya.
Sebelum ini, kesihatan Ketua Misi Sumud Nusantara Nadir An-Nuri turut sama terjejas selepas pulang dari misi ke Gaza.