Pelanggan biadab tinggalkan nota pada resit “jangan sampai saya pergi kedai buang ayam atas muka”

Oleh KIM SYAZIE

Satu resit pesanan tular selepas seorang pelanggan memesan makanan menerusi platform ShopeeFood dan meninggalkan nota pesanan yang berbunyi sangat biadab.

Dalam resit tersebut, pelanggan meminta agar pihak restoran memberikan ayam bahagian paha (thigh) dan drumstick.

Jika permintaan itu tidak diendahkan, dia mengugut akan mencampak makanan tersebut ke muka pekerja.

Pesanan itu tertulis; “ayam bagi thigh dengan drumstick. Lain anak saya tak makan. Jangan sampai saya pergi kedai buang ayam atas muka”.

Turut ditinggalkan nota kedua yang mengarahkan pekerja restoran memastikan pesanan yang diterima lengkap dan mencukupi sebelum dibungkus.

“Kira betul-betul sebelum bungkus. Kalau tak, hang aku bungkus”.

Perkongsian itu mencetuskan kritikan ramai terhadap sikap pelanggan yang dianggap sangat biadab dan tidak menghormati pekerja restoran. 

Ada yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan kerana pekerja restoran hanya menjalankan tugas dan tidak semestinya dapat memenuhi setiap permintaan pelanggan. 

Baca juga: Lepas tarik pelaburan digital RM250 bilion dalam masa 2 tahun, apa yang Malaysia perlu buat?