Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa telah membuat akaun Instagram baharu, khas bagi menjual barangan peribadinya atau biasa dipanggil barangan ‘pre loved’.
Ia merangkumi minyak wangi, alat solek, pakaian, kasut tumit tinggi, penjagaan badan dan pelbagai aksesori jenama mewah miliknya.
Apa yang menarik perhatian, koleksi preloved yang dijual bukan seperti kebiasaan barangan terpakai berharga RM10 mahupun RM20.
Sebaliknya isteri kepada ahli perniagaan itu menjual koleksi mewahnya pada harga ribuan ringgit, membuatkan ramai terkejut.
Seperti contoh, Intan menjual kasut tumit tinggi jenama Christian Louboutin pada harga RM2,000 berbanding harga asal ketika dibeli RM4,500.
Dia juga ingin melepaskan selipar jenama Dior Riviera pada harga RM3,000 dengan keadaan selipar 10/10. Harga asal dibeli RM4,000.
Selain itu jaket kulit yang hanya sekali dipakai mahu dijual pada harga RM10,000 dari harga asal RM15,000.
Perkongsian itu menjadi bualan ramai kerana menjangkakan barangan preloved akan dijual murah-murah, namun sebaliknya pula.
Ada juga yang berseloroh tetap mahu mengikuti akaun Instagram baharu Intan, sekadar untuk mencuci mata melihat koleksi baju-baju mewah aktres berkenaan.
Walaupun ada yang ‘mengeluh’ tidak mampu membeli, ramai juga yang memahami bahawa harga preloved selebriti mestilah sepadan dengan nilai barangan asal yang mencecah ribuan ringgi
Baca juga: Ibu sibuk cari calon nak anak lelaki kahwin lain, tak sedar diri sendiri dimadukan diam-diam