Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dibenar menjalani hukuman penjara di rumahnya.
Keputusan itu diumumkan oleh hakim Alice Loke yang mengatakan adendum daripada Yang di Pertuan Agong yang ke-16 tidak ‘valid’ menurut undang-undang.
Hakim memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sudah menjalani hukuman penjara lebih tiga tahun berkaitan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International sejak 23 Ogos 2022.
berita lanjut menyusul