“Saya bangga mommy dan daddy ada bersama” – Luahan Fatima sentuh hati ramai

Oleh MALAYSIADATELINE

Kemunculan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin bersama-sama meraikan hari terakhir Nur Fatima Aisya di tadika mencuri perhatian ramai.

Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, kedua-duanya dilihat tetap bersatu demi berkongsi detik istimewa bersama puteri kesayangan mereka.

Menerusi hantaran di Instagram, beberapa keping gambar dimuat naik bersama Fatima dan bekas suaminya, Fattah Amin, sambil berkongsi luahan hati yang ditulis daripada perspektif Fatima.

Menurut perkongsian itu, Fatima menyifatkan sambutan Hari Kebudayaan tahun ini sebagai antara kenangan paling bermakna kerana kedua-dua ibu bapanya hadir memberikan sokongan.

“Saya melalui saat paling bermakna pada sambutan Hari Kebudayaan tahun ini kerana kedua-dua mommy dan daddy hadir bersama.

“Saya berjaya membuatkan mereka bangga dengan persembahan saya. Saya juga menyediakan sandwic untuk mommy dan yogurt buah untuk daddy. Mommy dan daddy turut melihat hasil kraftangan saya di sekolah hari ini,” kongsinya pada Sabtu.

Fatima turut meluahkan rasa sedih kerana itu merupakan hari terakhirnya di tadika, namun teruja untuk memulakan sesi persekolahan di Tahun 1 pada tahun hadapan.

“Saya tak sabar untuk belajar lebih banyak untuk persediaan memasuki ke Tahun 1 tahun hadapan. Terima kasih sentiasa, Allah,” kongsi Fatima.

Baca juga: Ingat nak hantar kad kahwin, rupanya scammer nak curi akaun WhatsApp