“Banglo, tanah 10 hektar & RM50k sebulan!” – Pelakon dedah tolak lamaran jadi isteri ketiga VVIP

Oleh MAISARAH AISYA

Biasalah, apabila seseorang bergelar selebriti, mereka pasti menjadi sorotan dan perhatian pelbagai pihak, termasuk golongan VVIP yang tampil mencuba nasib dengan pelbagai pendekatan.

Dalam satu audio siar, pelakon Amy Nur Tinie, mendedahkan dirinya pernah ditawar menjadi isteri ketiga seorang lelaki kenamaan berpangkat VVIP.

“Saya kan banyak buat acara korporat kan, jadi mc. Jadi adalah VVIP yang mencuba, yang hantar budak dia untuk minta nombor saya, untuk ajak makan malam dan sebagainya.

“Dan sampai satu tahap ada satu ketika masa tu, ada seorang VVIP ni offer saya jadi isteri nombor tiga.

“Tapi dia akan bagi saya banglo sebiji, tanah 10 hektar, kereta sebiji, allowance sebulan RM50,000. Tapi bini nombor tiga?

“Sebaya bapa saya. Saya nak bangun pagi bukan tengok duit dia dulu, saya bangun pagi tengok muka dia dulu,” kongsinya dalam audio siar berkenaan.

Baginya kaya adalah bonus yang penting lelaki tersebut bertanggungjawab dan sekurangnya ada rupa.

“Sebab tu saya single. Kalau tak dapat kaya sangat, tak apa, janji dia bertanggungjawab. Tapi kalau dia kaya, bonuslah dan muda.

“Tapi biarlah dia ada rupa. Dia (VVIP) memang macam bapa saya, macam orang tua.

“Kalau handsome macam Hitrik Roshan ke, macam Iron Man tu ke, saya on sebab ada rupa kan. Kiranya sedap juga mata memandang.

“Ni kalau dah rupa atuk-atuk, tak naklah. Kalau saya fikir saya nak duit senang, memang boleh sangat-sangat,” kongsinya.

Jelasnya memandangkan dia banyak membantu keluarga, maka sebolehnya dia mahu bagi duit dengan cara yang betul.

“Saya masih ada tulang empat kerat untuk saya support keluarga. Jadi biarlah saya bagi duit dengan cara yang betul.

“Memang orang kata kahwin kan halal betullah duit tu, tapi biarlah ada cara lain,” tambahnya.

Baca juga: Wanita buat siaran langsung TikTok depan jenazah suami