Pesakit walk-in masih diterima, KKM perbetul maklumat tular

Oleh MAISARAH AISYA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa dakwaan yang tular di media sosial kononnya Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in adalah tidak benar.

Hantaran palsu itu mula menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat selepas status berkenaan dikongsi di media sosial..

Menurut KKM, walaupun sistem janji temu digunakan sebagai kaedah utama bagi melancarkan pengurusan pesakit, perkhidmatan walk-in masih diteruskan

Khususnya untuk kes kecemasan, warga emas serta golongan yang menghadapi kekangan akses teknologi.

Pesakit tanpa janji temu tetap akan dilayan, namun perlu melalui proses penilaian awal (triage) terlebih dahulu.

Dalam masa sama, pesakit yang mempunyai janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan.

KKM turut menegaskan komitmen untuk memastikan akses rawatan kesihatan yang adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat, selaras dengan perbezaan tahap akses teknologi dalam kalangan rakyat.

Baca juga: ONSA 2025 mula dikuatkuasakan hari ini, lindung pengguna internet terutama kanak-kanak