Pembantu rumah dibuang kerja, kerap hina isteri majikan dalam ‘live’

Oleh MAISARAH AISYA

Dalam era kini, adamajikan dilihat semakin terbuka dan bertimbang rasa dengan memberi kelonggaran kepada pembantu rumah.

Ini termasuk membenarkan penggunaan telefon bimbit dan akses media sosial, namun ada segelintir yang didakwa mengambil kesempatan atas kepercayaan tersebut.

Seorang pengguna Threads, syfq_hr, berkongsi pengalaman berkaitan tindakan isterinya memberhentikan pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja dengan mereka.

Jelasnya, pembantu rumah berkenaan diberhentikan serta-merta pada hari kejadian berikutan tindakannya membuat siaran langsung di media sosial ketika waktu bekerja.

Ini pembantu rumah aku, hari ini juga isteri berhentikan dia sebab buat live (siaran langsung) burukkan isteri dekat rakan-rakan dia.

“Buat live pula waktu kerja dan ya ini bukan kali pertama dia buat live masa kerja. Sudah banyak kali tapi isteri masih sabar dengan kerenah dia.

“Tapi hari ini kesabaran tu dah hilan lepas dia ‘gilakan, bodohkan, babikan’ isteri.” kongsinya di Threads.

Alasan yang diberikan pembantu rumah tersebut mendakwa isterinya bertindak demikian kerana cemburu, namun dia menegaskan hubungan rumah tangganya berada dalam keadaan baik.

Walau begitu, katanya, sikap dan tutur kata yang menghina tidak boleh diterima dan menjadi punca utama keputusan isterinya untuk menamatkan perkhidmatan pembantu rumah berkenaan.

“Alasan dia, sebab isteri aku cemburu? Eh eh, aku ni bukan main berkepit dengan isteri ni ha.

“Tapi tak nafikan, kerja okay je. Duit letak merata pun tak hilang. Tapi itulah, lidah tajam sangat menghina. Jadi ya itu sahaja nak kongsi,” tambahnya.

Baca juga: Belum apa-apa, poster filem Mami Jarum pula dikritik netizen