Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa suaminya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral tanpa pengetahuannya.
Menurut perkongsian individu itu di X, suaminya kantoi melanggan wanita secara atas talian untuk mendapatkan khidmat seks.
Apa yang lebih melukakan, lelaki berkenaan didakwa membayar RM800 untuk mendapatkan khidmat pelacuran dari wanita yang difahamkan baru berusia 19 tahun.
“Suami aku kantoi check in dengan budak dark side (DS) umur 19 tahun. Budak tu pelajar diploma. Rupanya budak tu ada open slot (khidmat seks).
“Sekali perkhidmatan, bayar RM800. Suami aku cakap dia pergi outstation. Sekali aku tanya rakan sekerja dia, mereka kata suami aku cuti dengan keluarga,” kongsinya.
Individu itu berkata, dia akan bersemuka dengan ibu bapa mentuanya bagi mendedahkan kemelut rumah tangga mereka.
“Kami team raya asing. Mernang betul raya tahun ni kita akan berpisah, Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku di masa depan,” tulisnya.
Baca juga: Janna Nick pernah dihubungi artis dituduh ‘scammer’ minta duit, bila telefon suami yang angkat