Netizen bergaduh kerana Che Sayang, tuan badan tampil beri respon

Oleh KIM SYAZIE

Nama pempengaruh dan cef media sosial, Che Sayang tiba-tiba menjadi bualan hangat apabila resipi masakannya dikritik seorang individu di media sosial, meskipun sebelum ini beliau tidak pernah terpalit kontroversi.

Perdebatan turut tercetus di X apabila netizen tampil mempertahankan Che Sayang sambil mengecam pihak yang cuba ‘menyerang’ dan mempertikai resipi masakannya.

Biarpun ramai yang mempertahankannya, namun Che Sayang atau nama sebenarnya Abdul Qayyum Halid menerima segala teguran dengan hati terbuka.

Dalam satu respon di akaun Threads, Che Sayang berkata, dia menganggap maklum balas netizen sebagai satu bentuk sokongan untuk memperbaiki diri.

“Terima kasih banyak kepada yang dah berikan kata-kata semangat yang positif. Saya sangat hargai sokongan kalian. 

“InsyaAllah di masa hadapan, saya akan lebih teliti dalam perkongsian. Tapi matlamat utama tetaplah nak berkongsi sesuatu yang memudahkan orang. Bila dapat tahu ramai yang dapat manfaat, rasa terharu sangat,” kongsinya.

Dia juga mengakui tidak mempunyai latar belakang dalam bidang masakan, justeru akan terus memperbaiki kemahirannya dari masa ke masa.

“Saya bukanlah dari background masakan. Banyak yang perlu saya pelajari dari masa ke masa. Sekali lagi, terima kasih yang memberi semangat dan teguran. Selamat berpuasa semua,” ujarnya.

Baca juga: “Tak minta izin tak apa, awak cuma pinjam idea je” – Peniaga tak kisah konsep ais batu buah dicedok ‘seller’