Budak menangis teresak-esak, mengamuk mak guna duit raya beli emas

Oleh KIM SYAZIE

Satu video tular di media sosial selepas seorang kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak kerana ibunya menggunakan duit raya milik anaknya itu untuk membeli emas.

Lapor portal berita Lambe Turah, kanak-kanak perempuan itu menangis di depan kedai emas, tidak rela duit rayanya digunakan untuk membeli apa-apa.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @udaawak535 menunjukkan kanak-kanak itu menangis sambil memukul ibunya berulang kali.

“Kasihan sangat, murid sekolah ini sampai menangis histeria kerana duit raya miliknya dipakai ibunya buat beli emas” tulisnya dalam keterangan video tular.

Rakaman itu mencatatkan lebih 471,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Jangan bu anaknya tak redha” kata netizen. 

“Ajar trus dik biar padan muka” kata netizen lain.

“Sanggupnya buat anak macam tu” sahut netizen lagi.

Baca juga: Karipap pusing laku keras lepas Johan puji ‘biasa-biasa’, kedai sampai tutup berhari-hari!