Pemuda Cina cerita kisah sebenar selepas tular dibantu abang mekanik

Oleh ROSLAN ZAMAN

Seorang pemuda berbangsa Cina tidak dapat menahan rasa sebaknya selepas menerima bantuan membaiki motosikalnya tanpa dikenakan sebarang bayaran dalam satu kejadian yang tular di TikTok.

Melalui video yang tular itu, dapat dilihat wajah sebak pemuda itu yang sebak dengan bantuan abang minyak hitam jalanan itu.

“Terima kasih bang tolong saya dan selamat sampai rumah”

“First saya masa tu cari di Tiktok ada beberapa harga (tapi) tidak cukup bajet, akhirnya saya dapat nombor abang di Tiktok dengan harga rantai (mampu milik) RM120 dan saya terus ‘on’”, katanya di media sosial.

Menurut pemuda cina itu lagi, dia memikirkan untuk memberi lebih ‘tips’ kepada abang mekanik jalanan itu disebabkan sanggup untuk datang tengah malam untuk membaiki motosikalnya.

“Terima kasih abang, saya doakan abang dipermudahkan urusan dan sihat selalu”

Sebelum ini, menurut pemilik akaun minyakhitamjalanan, kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah malam ketika dia menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang meminta bantuan selepas motosikalnya mengalami kerosakan.

Difahamkan, rantai motosikal lelaki itu putus manakala sproket depan turut hilang, menyebabkan dia terkandas dan gagal mendapatkan bantuan daripada mekanik lain.