Ahli Parlimen Pas dari Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan yang memerintahkannya membayar ganti rugi beserta kos, RM825,000 kerana memfitnah pemimpin DAP dengan mengaitkan mereka dengan Parti Komunis.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Mastura untuk mengetepikan semua keputusan Mahkamah Tinggi dan mengekalkan jumlah ganti rugi yang diputuskan pada 4 Disember 2024.
Saman tersebut difailkan secara berasingan oleh Pengerusi Penasihat DAP, Lim Guan Eng, bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim selaku plaintif terhadap pemimpin Pas tersebut pada 27 November 2024.
Sebelum ini Siti Mastura mempertahankan kenyataan yang dibuat berdasarkan kebenaran dan fakta berdasarkan buku panduan ‘BN Comms’ yang diterbitkan oleh Barisan Nasional untuk pemimpin partinya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.