Sekarang memang makin ramai influencer food review muncul di media sosial, malah ada yang sanggup ikut cadangan mereka semata-mata percaya review diberi jujur dan bukan ‘review berbayar’ semata.
Ada juga yang siap anggap influencer tertentu sebagai ‘port rujukan wajib’ sebelum cuba mana-mana kedai makan viral.
Baru-baru ini, seorang food influencer dikenali sebagai Mr POV meraih perhatian ramai selepas memuat naik video kunjungannya ke sebuah restoran di media sosial.
Restoran tersebut dipercayai sedang bergelut untuk mendapatkan pelanggan kerana lokasi premis yang dikatakan kurang strategik dan agak tersorok.
Menerusi perkongsian tersebut, restoran berkenaan dikatakan menghubunginya menerusi mesej peribadi dengan harapan dapat dibantu dari segi promosi.
“Buat masa sekarang kami ada masalah pelanggan sebab lokasi restoran.
“Saya tak mampu nak byara influencer, tapi saya boleh ‘cover’ harga makanan. Adakah awak berminat?” antara mesej diterima daripada restoran Chillin N Grillin.
Adrian atau lebih dikenali sebagai Mr POV berkata dia tersentuh selepas membaca luahan pemilik restoran berkenaan yang sedang cuba bertahan demi meneruskan perniagaan.
“Saya dapat mesej daripada pemilik kedai. Dia tengah struggle tapi tak ada bajet nak buat iklan dan sebagainya.
“Jadi hari ini saya nak surprise dia. Kalau makan hari ini tak bagi saya bayar, video ni tak keluar,” katanya dalam video tersebut.
Pemilik restoran dikenali sebagai Meor turut berkongsi bahawa dia kini terpaksa menggunakan duit simpanan sendiri untuk membayar sewa restoran setiap bulan.
Tambah Meor, lokasi restoran yang agak tersorok menjadi antara punca utama premis itu sukar menarik kehadiran pelanggan meskipun mereka sudah cuba pelbagai cara untuk mempromosikan perniagaan.
Baca juga: “Bukan kerja saya” – Lelaki baiki sendiri laluan jalan kaki di Kota Bharu, risau orang buta jatuh