Penyanyi dan komposer terkenal, M. Nasir sering menjadi perhatian di media sosial terutama di platform Threads kerana gelagatnya yang bersahaja ketika membalas komen-komen warganet.
M Nasir sering dilihat meninggalkan komen bersahaja kepada netizen di media sosial.
Pun begitu, penyanyi lagenda itu mendakwa beliau tidak pernah aktif di mana-mana platform media sosial, apatah lagi membalas komen netizen.
Beliau juga tidak tahu menahu mengenai perkara ini.
“Apa? Saya aktif di media sosial? Dekat mana? Yang mana satu?”
“Saya tak berapa ikut sangat la. Saya tak tahu,” katanya.
Apabila ditanya sekiranya benar dia tidak mengetahui perkara tersebut dan siapa pula yang membalas soalan serta komen daripada netizen, M. Nasir memberikan jawapan ringkas.
“Tak tahu. Mungkin penyamar,” balasnya.
Baca juga: Kecoh isu MyKad baharu boleh ganggu bantuan SARA dan BUDI95, ini penjelasan rasmi JPN