Hari mengundi PRN Johor dan Negeri Sembilan dah ditetapkan, rakyat boleh buat persediaan ini

Oleh MALAYSIADATELINE

Hari mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sudah ditetapkan pada 11 Julai ini oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala untuk PRN Negeri Sembilan pula adalah pada 1 Ogos.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan bahawa penetapan itu dibuat selepas mesyuarat khas diadakan hari ini untuk membincangkan tarikh-tarikh penting PRN.

Berikut adalah tarikh penting lain yang turut ditetapkan dalam mesyuarat tersebut;

  • Hari penamaan calon: 27 Jun (Johor), 18 Julai (Negeri Sembilan)
  • Tarikh undi awal: 7 Julai (Johor), 28 Julai (Negeri Sembilan)

Sehubungan dengan pengumuman tarikh penting itu, berikut kami kongsikan beberapa persediaan yang boleh rakyat lakukan sebelum mengundi calon yang mewakili kawasan anda kelak.

1. Buat semakan daftar pemilih – Orang ramai disarankan membuat semakan di https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan untuk memastikan lokasi pusat mengundi.

2. Periksa dokumen – Pastikan dokumen pengenalan diri berada dalam keadaan baik termasuk kad pengenalan/pasport/lesen memandu/dokumen pengenalan sementara atau resit laporan kehilangan kad pengenalan yang diperlukan untuk mengesahkan identiti di lokasi mengundi.

3. Selidik latar belakang dan tawaran calon – Sebaik calon diumumkan, pengundi boleh mula menyelidik teliti latar belakang mereka serta manifesto parti politik diwakilinya sebelum membuat pilihan.

Tindakan ini membolehkan pengundi memilih calon berdasarkan kualiti dan kemampuan mereka dalam mewakili atau membantu rakyat berbanding hanya bersandarkan percaturan permainan politik semata-mata.

Langkah ini juga penting kerana pengundi yang sudah mengenali calon akan mengurangkan risiko berlakunya kekeliruan sewaktu proses membuang undi sehingga berlakunya undi rosak.

4. Pakaian bersesuaian dan tidak melanggar peraturan – Walaupun tempoh ke hari mengundi masih lama, namun rakyat perlu diingatkan untuk mengenakan pakaian yang sesuai dan sopan.

Pengundi tidak boleh memakai atau membawa barangan yang melambangkan mana-mana simbol parti politik bertanding termasuklah corak atau warna untuk mengelakkan anda dihalang untuk masuk ke pusat pengundian.

Baca juga: “Kalau sikit boleh simpan” – Pekerja jumpa barang kemas masa kemas kedai, siap ada tulis 916!