Wanita Indonesia terkejut tahu murid di Malaysia bawa duit belanja RM5

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita warga Indonesia yang menetap di Malaysia terkejut mengetahui jumlah wang saku atau duit belanja yang biasa dibawa murid-murid sekolah di negara ini.

Menurutnya, dia baru mengetahui kebanyakan murid rupa-rupanya membawa wang saku sebanyak RM5.

Jika ditukar kepada rupiah, ia bersamaan dengan Rp22,000, yang dianggapnya agak besar 

“Saya terkejut apabila mendapat tahu RM5 sehari untuk anak sekolah di Malaysia dianggap normal. Bila ditukar kepada rupiah, nilainya sekitar Rp22,000,” katanya memetik Kosmo.

Wanita itu berkata, jika di Indonesia, nilai Rp22,000 mempunyai nilai yang signifikan dalam kehidupan harian masyarakat Indonesia.

Bagaimanapun, selepas beberapa tahun menetap di Malaysia, dia memahami bahawa kos makanan, minuman dan perbelanjaan di kantin sekolah menyebabkan RM5 sehari menjadi jumlah yang lazim diberikan kepada murid dan pelajar.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen khususnya dari Malaysia dan Indonesia yang membincangkan perbezaan nilai mata wang serta kos sara hidup antara kedua-dua negara.

“RM5 sekarang memang biasa untuk beli makan dan minum di sekolah,” kata seorang pengguna.

“Kalau tengok dalam rupiah memang nampak besar, tetapi kos hidup di Malaysia dan Indonesia berbeza,” ujar seorang pengguna lain.

Baca juga: PM Anwar muat naik video tunjuk kemeja koyak, kapsyen undang perbincangan hangat!