Musim durian yang sedang memuncak ketika ini menyaksikan lambakan Musang King dijual pada harga lebih murah berbanding kebiasaan.
Namun nampaknya pengguna perlu diingatkan supaya tidak terus menganggap semua buah yang dibeli menawarkan kualiti premium.
media sosial, banyak luahan pembeli yang kecewa dengan kualiti durian Musang King yang dibeli, malah ada yang mendakwa hampir keseluruhan buah yang dibeli tidak menepati kualiti sepatutnya.
Susulan itu seorang pengguna Facebook, Khairul Azri menjelaskan lanjut kepada orang ramai mengapa perkara ini terjadi.
Menurutnya sebahagian Musang King yang berada di pasaran ketika ini dipercayai terdiri daripada buah bergred rendah, buah daripada pokok yang masih muda dan “baru belajar berbuah”.
Keadaan itu menyebabkan sebahagian pengguna memperoleh pengalaman menikmati Musang King yang tidak menepati ciri sebenar varieti berkenaan, termasuk isi yang keras, berair, masam, rasa tidak seimbang atau mempunyai belang hitam pada isinya.
Kami kongsikan perkongsian penuh pengguna Facebook, Khairul Azri:
Musang King gagal? Anda beli Musang King tapi dapat durian yang pangsa kosong? Keras? Berair dan masam?
Rasa tak seimbang? Mula-mula manis, lepas tu terus tawar?
Isi ada belang-belang hitam lalu anda ingat itu warna rare?
Maka sudgha sudagha..
Ketahuilah kebanyakan kes macam ini bukan sebab anda dapat Musang King edisi istimewa.
Tetapi anda sebenarnya sudah ‘terbeli’ Musang King bergred chai, reject atau buah daripada pokok muda yang baru belajar berbuah.
Dan untuk makluman anda semua selain buah dari pokok muda yang baru belajar berbuah membanjiri pasaran kini, lambakan Musang King yang ketika ini juga merupakan buah reject akibat fisiologi yang banyak terjadi kepada Musang King musim 2026.
1.Tiger Stripes.
2. Wet Core.
Tiger Stripes kadang kadang ramai salah faham. Nampak ada belang hitam pada isi terus ingat premium, rare atau baka istimewa.
Sebenarnya itu simptom masalah fisiologi buah. Buah masih boleh dimakan. Tapi rasa Musang King yang sebenar dah lari.
Lemak kurang. Pahit kurang. Kalau nasib baik tinggal manis sahaja. Ada juga yang mula sedap pada suapan pertama, lepas tu terus tawar.
Wet Core pula lagi menyedihkan.
Isi jadi lembik. Berair dan kadang-kadang ada bau masam. Tanda dia biasanya pada pulps yang warna kuning pun jadi pucat. Bila makan, rasa macam Musang King yang kehilangan identiti.
Mana pergi lemak? Mana pergi pahit hujung yang orang cari? Puncanya apa? Cuaca.
Musim kali ini cuaca memang tak membantu. Panas panjang. Lepas tu hujan turun berhari-hari tanpa henti. Kesan dia pada tangkai yang melemah.
Sebab tu banyak buah gugur/matang secara tak sekata. Ada yang gugur cukup umur. Tapi tidak cukup sempurna.
Maka hasilnya buah yang tak cukup sifat yang tak laku pun untuk dieksport dan benda ini jelas sifatnya bila kita perhatikan banyak durian Musang King yang murah-murah ni kulit bawahnya hampir semua merekah.
Akhir kata, ramai orang ingat Musang King hanya perlu manis melicau. Sebenarnya tidak. Musang King yang betul ada tiga lapisan rasa.
Manis di permulaan, lemak di tengah, sedikit pahit di penghujung.
Kalau satu daripada tiga ni hilang, pengalaman makan Musang King tu memang tak lengkap.
Jadi kalau pertama kali nak cuba Musang King, jangan jadikan buah chai, Tiger Stripes atau Wet Core sebagai penanda aras.
Nanti anda akan tertanya-tanya kenapa orang sanggup bayar mahal untuk Musang King sebelum ni sampai sekilo RM80-100 per kilogram sedangkan yang anda makan cuma rasa manis biasa ataupun lebih teruk buah yang ada masalah fisiologi.
Sekian.
Baca juga: Pemimpin paling disenangi: PM Anwar tak terkulai pujian, jadi pemangkin kerja lebih keras