Terkejut mak ayah minta bayarkan hutang ‘pay later’ RM900

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki meluahkan rasa serba salah selepas ibu bapanya meminta dia melunaskan hutang “pay later” berjumlah RM900 yang dibuat tanpa pengetahuannya.

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki itu berkata dia sudah memberikan wang belanja kepada ibu bapanya, namun kemudian diminta pula melunaskan bayaran bulanan BNPL.

Keadaan itu menjejaskan bajet bulanannya kerana dia tidak dimaklumkan lebih awal mengenai komitmen tersebut.

“Apa pendapat anda semua kalau kita dah bagi duit belanja dekat parents, tiba-tiba parents minta bayarkan BNPL untuk bulan tu lebih RM900?

“Masa beli tak inform tapi tiba-tiba minta bayarkan. Terus lari bajet bulan tu,” luahnya dengan nada kecewa.

Keadaan menjadi lebih sukar apabila dia mendapatkan pandangan daripada kakaknya, namun diberitahu bahawa tanggungjawab membantu ibu bapa perlu dipikul kerana dia merupakan anak lelaki.

Lelaki itu bagaimanapun berasakan keadaan tersebut tidak adil, selain mempersoalkan sama ada menjadi satu kesalahan jika dia menasihati ibu bapanya supaya lebih mengawal perbelanjaan.

“Salahlah ke kalau kita nak nasihat parents untuk kawal sikit perbelanjaan?” soalnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat anak wajar membantu ibu bapa mengikut kemampuan masing-masing, namun tidak sehingga membebankan diri sendiri.

Ada juga yang berpandangan pengurusan kewangan dalam keluarga perlu dibincangkan secara terbuka bagi mengelakkan salah faham dan beban kewangan yang tidak dijangka

Baca juga: “Kalau aku berhenti, ‘mandi’…” – Shuib dedah pernah berdepan hutang cecah RM15 juta!