Zain Saidin mengakui bahawa dia dan isterinya, Rozita Che Wan sedang merancang untuk memiliki cahaya mata kedua selepas Aaisyah Dhia Rana mula bertanya tentang adik.
Pun begitu menurut laporan mStar, pelakon berusia 39 tahun itu menyerahkan segalanya kepada Allah SWT yang mengatur perjalanan rezekinya
“Saya tak pernah henti mencuba untuk dapatkan zuriat. Cumanya ia bergantung kepada rezeki. Kalau ada okay, sekiranya tak ada tak apa syukur saja.
“Aaisyah kadang-kadang dia ada juga bertanya soal itu sebab dia ada abang yang sudah besar jadi dia sunyi tak ada kawan.
“Jadi sebagai bapa, saya lah yang jadi kawan kepada dia sekarang ini,” luah Zain lagi.
Tambah Zain lagi, anak kesayangannya itu juga pernah memintanya untuk mengambil anak angkat yang sebaya denganya. Semuanya kerana mahu teman bermain di rumah.
“Pernah satu tahap dia minta adik yang sama umur dengannya supaya dapat bermain sekali.
“Malah dia pernah juga cakap minta kami ambil anak angkat sama baya dengan dia,” kata Zain berkongsi.
Terdahulu, si comel Aaisyah Dhia Rana dilahirkan pada 1 November 2014. Aaisyah kini sudah pun berusia sembilan tahun.
Baca juga: Bebas hukuman gantung, Ismahalil terharu dapat makan burger lepas dua tahun dipenjara