Abang Tesla ‘up’ foto bertiga, wajah isteri tua jadi bualan – “Bini pertama lagi cantik”

Oleh WAN SITI AMINAH

Selebriti media sosial sensasi yang dikenali sebagai Abang Tesla kembali mencuri perhatian ramai setelah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan Abang Tesla sedang bergambar sambil merangkul bahu milik kedua-dua isterinya iaitu Nurmajdina Jamari dan Nur Syafiqah.

Difahamkan, itu adalah kali pertama pemilik nama sebenar Khal Iltizam mendedahkan wajah isteri baharunya selepas menerima kecaman hebat kerana berkahwin dua.

Foto berkenaan diambil ketika mereka bertiga berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke luar negara untuk bercuti bersama.

Kali pertama bercuti bertiga, Abang Tesla sempat memaklumkan di ruangan kapsyen bahawa dia dan isteri-isterinya akan pergi bercuti ke negara Turkiye terlebih dahulu.

Setelah bercuti di negara yang terletak di sempadan Asia dan Eropah itu, mereka bertiga kemudian akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Umrah.

Tular di media sosial, perkongsian mengejutkan itu telah mengundang satu perbincangan hangat di kalangan pengikut akaun Instagram milik Abang Tesla.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial terkejut saat melihat wajah Nurmajdina terutamanya ketika dibandingkan dengan isteri kedua.

Sebagian besar daripada mereka berkongsi pendapat bahawa wajah ‘isteri tua’ iaitu Nurmajdina kelihatan jauh lebih cantik dan berseri daripada Nur Syafiqah.

“Hari itu tengok dekat Facebook lawa isteri kedua dia (Abang Tesla). Ini bila letak sebelah-sebelah isteri pertama pula lagi cantik,” kongsi seorang pengikut.

“Lahh, isteri pertama lagi lawa dan berseri-seri. Ya Allah semoga isteri pertama mengandung dulu.” Kata pengguna lain yang masih beremosi dengan tindakan Khal Iltizam.

Mencuit hati, ada juga segelintir individu yang mencadangkan agar Abang Tesla mengeluarkan belanja untuk menghilangkan kekusaman pada wajah isteri kedua.

Terdahulu, ‘populariti’ Abang Tesla mula mencanak naik selepas memuat naik video yang merakamkan momen dirinya mendirikan solat Subuh bersama isteri pertama.

Menangis sambil berpelukan, video tersebut difahamkan diambil tiga jam sebelum lelaki tersebut mendirikan rumah tangga bersama isteri baharunya.

Baca juga: Cerai lepas 14 tahun nikah, wanita sukar terima kenyataan suami disondol nenek