Ada pihak mahu bangkit sentimen agama dan kaum, PM arah pasukan keselamatan bersiap sedia

Oleh MALAYSIADATELINE

Kerajaan Perpaduan tetap teguh mempertahankan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi ruang serta kebebasan hak dan agama lain, seperti yang terjamin dalam perlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sebarang usaha untuk mengadu domba serta menghangatkan ‘suhu’ perbezaan kaum dan agama di negara ini tidak akan diizinkan.

“Kalau ada beberapa isu (agama dan kaum) yang berbangkit, ia harus dileraikan dengan baik supaya jangan ada perseteruan, salah sangka atau prasangka,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu meniupkan sentimen kaum dan agama, Anwar berkata beliau telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk berwaspada bagi menjaga keamanan negara agar sentimen itu tidak digunakan untuk menimbulkan kekacauan.

“Jadi sekiranya tindakan itu melampau, menganggu gugat, pihak keselamatan akan keras dan tegas bertindak,” katanya, bagaimanapun menurutnya keadaan pada masa ini terkawal.

Beliau berkata sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran peraturan atau menimbulkam sedikit sebanyak sensiviti kaum, perkara itu harus dileraikan melalui perundingan.

Baca Artikel Penuh