Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video mengulas isu penyelewengan dana zakat yang tular di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak tertentu yang didakwa sanggup menyalahgunakan dana yang sepatutnya disalurkan kepada golongan memerlukan.
“Sanggup ehh mereka gunakan duit yang sepatutnya disalurkan untuk zakat. Tindakan apakah yang wajar untuk penjahat seperti ini?” tulisnya di Instagram.
Dalam masa sama, Aliff turut berseloroh mengenai kemungkinan untuk menceburi bidang politik dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
“Kalau saya diberi peluang untuk bertanding di Parlimen, kawasan manakah yang layak untuk saya bertanding?
“Kerusi mana korang nak Papa bertanding untuk memperjuangkan nasib rakyat. Ada yang nak offer saya kerusi ke next PRU?
“Korang rasa layak tak Papa bertanding PRU akan datang? Papa janji akan behave demi menjaga kepentingan rakyat.
“Kalau jadi menteri Papa jadi Menteri Keusahawanan okay tak?” tambahnya.
Rakan-rakan artis dan netizen turut bersetuju untuk mencalonkan Aliff Syukri sebagai ahli parlimen untuk PRU akan datang.
“Ini kita sokonggg 120juta peratussssss!!!!!!” komen Neelofa.
“Pasir Salak dah lama tak ada wakil rakyat yang lantang. Boleh bagi kat YB Datuk Aliff,” komen Ben Ali
“SOKONG YB !!! Memang binatang yang makan duit zakat tu!” komen Janna Nick.
Baca juga: “Duit zakat pun nak ‘sakau’?” – Aliff Syukri bengang isu dana RM230 juta disyaki diseleweng