Walaupun sudah ada pasangan yang sanggup hidup susah. dah jadi lumrah untuk mencari orang lain apabila senang.
Hingga terlupa siapa yang ada di sisi di saat tiada mata melihatnya dan akhirnya permata dilepaskan demi debu di jalanan.
Seorang wanita berkongsi kisah bagaimana dia berusaha sehabis baik untuk mengubah penampilan bekas suami namun usahanya sia-sia apabila si lelaki kantoi curang.
“Aku Nini (bukan nama sebenar). Seorang ibu tunggal anak satu. Dah setahun lebih aku hidup sebagai ibu tunggal.
Sengaja hari ni aku tergerak hati nak share dengan korang kisah hidup aku dengan bekas suami.
Samdol, nama bekas suami. Kita panggil dia Sam lah. Aku kenal Sam masa aku dah di semester akhir universiti.
Selepas graduasi, aku dapat kerja bahagian admin di sebuah syarikat swasta. Sam masa tu dah kerja technician dekat sebuah kilang.
Secara fizikal, Sam berisi. Tapi dia tinggi. Berkulit gelap. Ditambah pulak nature kerja dia yang selalu berpanas, lagilah gelap.
Tapi macam mana pun fizikalnya, tetap lah aku sayang si Sam ni dulu. Sebab orangnya simple. Tak banyak kerenah dan tak cemburu buta.
Bila kami buat keputusan nak kahwin, Sam bertungkus lumus kumpul duit hantaran. Kalau boleh hari-hari dia nak buat OT (kerja lebih masa).
Samalah dengan aku pun. Weekdays kerja office. Bila weekend, aku open order kek, dessert dan kuih. Rata-rata kawan-kawan pejabat juga yang tempah.
Sales banyak tapi penat sungguh tapi nasib lah bujang lagi masa tu. Demi nak kumpul duit untuk kahwin kan.
Tujuh bulan selepas kahwin, aku mengandung. Sam bahagia betul nak jadi ayah. Masa pregnant aku alah teruk.
Berat turun. Makan apa-apa pun auto keluar balik. Minum air kosong pun boleh muntah.
Sebab selalu sangat ambil cuti, Sam mintak aku berhenti je. So lagi empat bulan nak bersalin, aku berhenti kerja. Alhamdulillah, baby girl kami lahir sihat dan cukup sifat.
Bekas suami tak jaga kebersihan
Bila dah duduk serumah, baru lah kita tau luar dalam perangai pasangan memasing. Aku perhati Sam tak begitu menjaga kebersihan.
Mandi pun ala kadar je. Kadang boleh dia tak gosok gigi nak pergi kerja tu. Adoi hahaha. T-shirt nya pulak diulang-ulang pakai sampai masam.
Pakaiannya asal boleh je. Mungkin sebab saiz Sam yang besar jadi dia rasa susah nak cari baju dan seluar. Rambut Sam kalau aku tak tegur, memang tak lah dia nak syampu.
Belikan set penjagaan muka dan kawal pemakanan
Sebab aku sayang Sam, maka aku pun bertindak. Aku belikan dia pencuci muka siap dengan toner. Aku pesan balik kerja je kena cuci muka.
Jaket kerja Sam aku basuh hari-hari. Biar dia pakaian dia wangi je tiap kali pergi kerja. Aku beli kan satu kit kecil untuk dia bawak pergi tempat kerja.
Dalam tu aku letak deodorant, listerine, perfume, minyak rambut, pastu febreze untuk dia sembur-sembur kat workstation dia.
Aku cakap senang kalau masuk meeting nampak lah presentable sikit. Sebab aku sayang Sam, makan minum dia aku jaga. Air manis favourite dia aku kawa;.
Aku buat pelan makanan untuk dia. Ajar dia untuk eat clean. Aku cuba variety kan makanan supaya dia tak stress.
Aku hadiahkan dia kasut sukan. Jadi petang-petang kami joging keliling taman.
Cukup setahun. Sam yang plus size dan berkerak tu dah transform. Lemak yang berpuluh kilo tu dah hilang.
Tall, dark and handsome Sam sekarang. Bergaya atas bawah. Jalan pun tak mengah dah macam dulu.
Rezeki masa tu Sam naik pangkat sebagai Senior Tech. Siapa yang paling bahagia masa tu? Tentulah aku. Isterinya. Masa tu lah.
Kantoi skandal dengan ibu tunggal anak 2
Tapi nama pun manusia. Selagi hidup, selagi tu kau diuji. Sam terkantoi ada skandal dekat tempat kerja. Perempuan tu ibu tunggal anak dua.
Macam mana aku boleh tahu? Aku dapat whatsapp dari nombor tak dikenali. Katanya dah enam bulan lebih Sam dan perempuan tu bersama.
Hamba Allah tu kesian dekat aku dan mintak aku tanya Sam. Paling best, ada gambar lagi ye kawan-kawan.
Gambar Sam dengan perempuan tu depan hotel. Astaghfirullah. Patutlah 6 bulan ni selalu balik lewat. Katanya sebab OT.
Since aku tak nak tuduh, satu hari aku ajak Sam duduk dan heart to heart. Aku tanya Sam dia ada perempuan lain ke.
Sam pandang tepat dekat muka aku. Dia angguk dan tunduk. Lama dia tunduk. Aku pulak speechless. Mungkin bukan cara aku untuk marah-marah dan mengmuk.
Aku tanya Sam lagi. Dah berapa lama dengan perempuan tu? Sam kata dah 8 bulan. Aku tanya lagi Sam serius ke dengan perempuan tu.
Rasa remuk. Aku isteri dia depan mata ni. Yang hari-hari bila bangun tidur hanya fikir nak jadi isteri yang paling baik untuk suami.
Hanya fikir nak jadi isteri yang paling rajin, paling cantik, paling wangi, paling manja, paling penyayang untuk Sam.
Kelakar sungguh lah. Aku terima Sam dalam ketika dia masih selekeh. Bila dah helok sikit, macam tu je dia buat aku.
Sam bagitau dia senang berbual dengan perempuan tu since diorang satu tempat kerja jadi banyak benda boleh dibualkan. .
So, tak apa lah. Mungkin jodoh kami tak panjang. Kami selesai cara baik. Anak tinggal dengan aku.
Sam pun tak tunggu lama. 3 bulan selepas berceraai, dia selamat bernikah dengan perempuan tu.
Rumah yang kami duduk dahulunya, Sam tinggal dengan suri hidupnya yang baru. Termasuklah dua orang anak tiri baru.
Bila rumah tu pun atas nama Sam, jadi aku malas nak serabut otak, biar aku lah yang pindah keluar.
Alhamdulillah, aku dah dapat kerja baru tak lama selepas bergelar ibu tunggal. Setakat ni, nafkah anak Sam masih beri. Terus terang, hati aku macam dah tertutup untuk kahwin lagi.”
Baca juga: “Aku tahu mentua tak suka aku, tapi keadaan lebih keruh bila isteri adik ipar mula sebar…”